LatestBukit Panjang Government High Cpa, Satu masa dulu,waktu aku tak dapat gaji dekat 3 bulan,sampai satu tahap aku dah give up dan aku apply kerja kat Giant jadi Display Artist.Aku dapat kerja tu.Jadi aku borak la pasal gaji dan elaun.Kakak yang interview aku tu pun cerita panjang lebar pasal skim gaji kat situ.
“Sini ni dik,Display Artist ni dibayar lebih sket.Kalau jadi staff2 biasa macam cashier ke,jaga stock ke,kitorang bayar RM600 campur elaun RM100.Kalau adik ni,kita akan bayar RM700 campur elaun Rm100.Minggu depan mula kerja ya!” kata kakak tu gembira sebab dapat seorang mamat yang dah la talented,hensem pulak tu kerja situ. Aku perasan ada beberapa orang gadis melambai2 tangan ke arah aku dan ada jugak sorang dua pekerja lelaki Bangladesh mengenyit mata ke arah aku.
Jadi,bila balik,aku pun berfikir…gila.Sewa rumah aku aje dah RM275 sebulan (aku kongsi ngan member aku,RM275 tu bahagian aku).Motor aku 2 bulan kena servis.Terbang RM40.Minyak?Makan?Bil letrik?Bil air?Tak tolak lagi duit rolling government iaitu duit EPF.
Kerja dari 8:00 pagi sampai 7:00 malam.Itupun kalau takde display atau board kena buat.
Untuk RM800.
Aku sure benda dilema camni paling dirasai oleh mereka2 yang bergaji RM1000 dan ke bawah.Bekerja punyalah panjang masanya,dapat pun ciput aje,tolak2 hutang dan bil,lepas la beli maggi untuk buat bekal makanan (Cuba tengok berapa besar rak2 mee segera kat shopping kompleks menunjukkan betapa lakunya mee segera ni kat Malaysia.Penduduk Jepun juga menggunakan kaedah menijau harga mee segera untuk meramal keutuhan ekonomi rakyat Jepun yang dipanggil Ramen Index.Makin mahal mee segera,makin mahal kos makanan secara keseluruhannya)
Takpelah,daripada takde gaji langsung at least lepas la untuk survive.Aku nekad la nak ambik kerja tu tapi dengan tiba-tiba kompeni aku buat magik bayar gaji sebulan daripada 3 bulan yang dia hutang tu.Lepas la hidup untuk dua bulan sementara aku gi interview merata-rata lagi.
Cuba fikirkan,dalam ramai-ramai menteri,menteri mana yang ambik peduli pasal orang-orang yang kerja kat bawah-bawah ni?Kita boleh cerita pasal kadar ekonomi naik,pasal kadar KDNK yang pesat atau tahap pelaburan yang meningkat….but those thing do not matter at all to those who work for a pittance.Takkan ada orang2 politik yang peduli.But the biggest problem of all is that…kita semua pun tak peduli pasal diorang ni.
Mesti ada yang pernah maki cashier kat shopping kompleks kalau minah tu kira barang slow2 masa kau nak cepat.Mesti ada antara kita yang bengang dengan mamat tukang potong ayam kalau ada queue panjang masa kita nak timbang dan potong ayam.Mesti anda akan rasa annoyed kalau tengah2 shopping,isle barang tu diblok oleh seorang mamat yang tengah susun stok barang. Aku pernah nampak seorang cashier di maki “stupid idiot” sebab harga kat cashier dengan display lain dan bila cashier tu ditanya dia tak tau nak jawab apa.Diorang tu hanya dibayar RM700 untuk mengadap muka korang dan layan perangai korang yang kadang2 tak serupa manusia.
Gaji ribu-ribu tapi troli pun tak reti nak letak balik kat tempat kumpul troli!Apa kau ingat pekerja2 kat situ yang dibayar RM700 juga bertugas untuk mencarik troli kat merata-rata tempat yang kau sepahkan?Bila troli takde reti pulak mengamuk…
Apa point aku?
Ada ramai orang susah dalam Malaysia yang kerja dekat shopping kompleks.Hidup diorang dah memang susah,apa kata kita,jangan susahkan hidup diorang lagi.Tak kira lah situ ramai pekerja Bangladesh ke,local ke..Kalau orang senang tak mau tolong kita…kita orang yang susah mesti tolong orang susah.Mereka bekerja dengan gaji yang sangat minima. RM700 beb!
PS – Kalau ada sapa2 nak kata,”bersyukurlah dengan apa yang diorang ada” ataupun “mungkin gaji diorang tu cukup untuk diorang” aku akan tulis awal2 kat sini “Fuck off…jangan amal mentaliti Kerajaan Barisan Nasional”
No Tag





